Rabu, 16 April 2014

Bape 'A' ???


Results nak keluar !!!

Macam ni lah perasaan saya bila keluar dewan periksa (subjek terakhir SPM) last year..

Orang lain lega bila dah habis exam.. saya pulak teringat dekat results yang bakal keluar ( yang 3 bulan lagi baru nak keluar tuhh..) terus Otak teringat balik segala apa yang ditulis dekat kertas jawapan...

Tak boleh tidur beberapa hari lepas habis exam.. nak tidur je teringat result (member lain dah pikir lain- nak kerja apa sambil nak tunggu result or nak ambil lesen kereta n ade yg tgh buat persiapan nak masuk PLKN, aku je yang sayang sangat dengan SPM)



bila dah lama2... saya pun lupa gak dengan pakcik SPM ni. Dah orang lain sibuk ambik lesen, saya pun apa lagi nak jugak lah (nanti klau ada masa, buat entry pasal lesen kereta plak)..



Hello SPM-leavers !
harinya tiba jugak (setelah kecoh dekat fb bila tarikh sebenar keluar result) Kementerian tak keluarkan tarikh lagi tapi dah ramai yang kira-kira sendiri (boleh agak lah sebab based on tahun sebelum punya) 20 MAC jadi tarikh keramat (poyo je,,SPM je pong)

Jantung saya jadi lain.. member lain dah buat status HIPERBOLA kat FB kata macam nak tercabut keluarlah, berdenyut mengalahkan F1 lah... tapi jantung saya steady je.. Tak buat perangai pulak dia macam awal-awal hari tu. Family saya cuba lah takutkan saya, saya buat muka blur je.. tak rasa apa.

Apabila tiba harinya.. bila dah cecah gate sekolah, barulah terasa debarnya..
Masa tu mama ambil cuti, so lagi berdebarlah...
Baju kurung purple ngan tudung bawal hitam. Simple. Pergi sekolah je pun, bukannya pergi kenduri anak Datuk (tapi kalau kenduri anak Datuk pun, saya rasa sama je kot outfit nye.. ) Haha.. Simple itu penting. Bak kata Maktuk "Tak ada siapa nak pandang pun" .. ^^

Jumpa junior, hanya mampu bagi senyuman dan lambaian.. Awkward gile kot... -_-
Nampak Hawa (bestfriend), terus laju pergi dekat dia.. tinggalkan mama sorang-sorang masuk dlm dewan..
Jumpa member pun janggal giler sebab lepas habis exam je, mana pernah jumpa.. Dah dia masok PLKN..

Bila berkumpul ramai-ramai, baru hilang rasa awkward... gang saya tak banyak bunyi macam budak-budak lain sebab masing-masing tengah tahan nervous.. Muka member sekolah semua sama je.. tak berubah pon.. Aku ingatkan ada lah yang chubby sikit ker sebab dah menganggur je selama 3 bulan ni..

Bila cikgu suruh masuk dewan, masa tu lah masing-masing pandang sesama sendiri.. ada yang pegang tangan, salurkan kekuatan (ceyh, gaya macam apa je)

Macam biasalah cikgu akan lengah-lengahkan masa dulu, saje tambah debar.. Sekali setahun kan...
Bila cikgu announce ranking sekolah saya ialah di tangga pertama bagi sekolah harian (DAERAH GOMBAK), semua orang happy giler. Bangga. Masing-masing rasa tahun ni ramailah yang cemerlang. And lagi bertambah gumbira... bila cikgu announce yang ranking kitorang antara sekolah-sekolah daerah Gombak(termasuk asrama penuh) ialah di tempat ketiga selepas SBPI Gombak dengan Rawang. Pergghhh! Terbaik (ala2 Boboiboy).

Lepas tu, cikgu mula announce nama2 pelajar terbaik. Bermula dengan 6A..masa ni saya harap cikgu tak announce nama saya sebab target untuk SPM ialah 7A(x target bio ngan fizik) walaupun adalah sekelumit harapan dan doa untuk dapat straight A.. Ramai jugak yang dapat 6A termasuk kengkawan study group. Nama tak disebut.
Perasaan masa tu berbelah bagi (sama ada takkan disebut langsung atau akan disebut).

Giliran yang dapat 7A pulak.. 7 orang. Nama saya tak disebut. Saya dah pandang Hawa dengan member lain. Dorang senyum nak tak nak. Sebab nama dorang pun tak kena sebut lagi. Saya dah redha. Giliran 8A...
Nama Hawa disebut. Dia gembira giler sebab dia pun target 7. Saya pandang member study group saya, yang tinggal dua orang.

Mengelamun kejap.. lepas tu, nama dipanggil. Terus bangun! (walaupun masa tu mengelamun) Kawan2 dah ucap congrats bagai. Saya masih blur. Dalam blur2 pun, boleh pergi cari mama dulu. Nak bawa mama naik pentas. Mama masa tu senyum macam nak nangis. Saya steady je... hehe. Sebab masa tu macam baru kena kejutan elektrik. Berjalan naik pentas tak ada rasa gemuruh (tapi terkejut masih ada). Dah lah ada cameraman kat bawah tu, baru cadang nak cabut turun pentas lepas dapat slip.

Tapi berterima kasih jugak dengan photographer. At least, ada gambar yang boleh menggamit memori.. =) Gambarnye tak mau share, sebab muka masa tengah terkejut, sangat x cute...bhahaha...

Dan dua member studygroup saya tadi tuh.. Afiqah ngan Pipah dapat jadi pelajar terbaik ( 9A) . Proud of them!

Konklusinya.... semua member studygroup, member pergi kantin sekali, pergi ko-op sekali, masuk lab sekali.. semuanya dapat naik pentas!! Yeay... Jadi tak ada lah gembira sorang2... Dan untuk pengetahuan anda, batch saya.. paling minima, sorang mesti dapat 1A.. Woahhh.. hebak! Bagi korang memanglah macam..-apa yang hebatnya? 1A je pon..

Ianya hebat sebab sekolah saya ni sekolah harian.. sekolah biasa2.. bukan sekolah prestasi tinggi, MRSM or SBP. Jadi, paling kurang sorang ada 1A ialah pencapaian yang membanggakan..

Sekarang ni.. waiting for HAC (Hari Anugerah Cemerlang) untuk reunion balik.

Tapi apa yang penting.. result SPM bukan segala-galanya. (Ini bukan ayat nak pujuk budak2 yang tak cemerlang dalam exam.. INI REALITI) Rezeki Allah nak bagi, kita tak boleh duga. Dah banyak kes sekarang ni.. Belajar tinggi-tinggi, tapi tak dapat kerja. Belajar takat PMR, boleh jadi businessman berjaya..



Tau dak sape kat atas ni?? BILL GATES !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Luahkan pendapat/cadangan/soalan/apa2 saje di bawah ini ... =)