Saya tak ada banyak pengalaman macam kengkawan lain yang berlambak gila senarai interview dorang. JPA lah, MARA lah, Maybank lah... Alhamdulillah, saya dipanggil untuk interview dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk sambung pelajaran di bumi Jordan.
Okeyh, masa dapat call daripada LZS ni.. tak rasa apa sangat pun. Sebab guwa dah eksaited nak pi UIA. Family je lah yang teruja pun dengan kengkawan terdekat.
OK. CUKUP. Korang pun tak nak dengar saya membebel pasal perasaan segala bagai...
Haha.
Firstly, persediaannya ialah korang cari mana-mana senior yang ada pengalaman dengan scholarship tu. Kalau saya, ada jiran sebelah. SENANG.
Saya cerita pasal dermasiswa LZS (jadi kepada yang dapat scholarship lain, mohon cari blog lain) haha.. tak de lah.. mungkin akan ada yang sama sikit2.
- Prepare hafal carta organisasi orang-orang penting kerajaan Selangor dan LZS. (soalan dalam bahasa Melayu)
- Prepare dengan isu-isu semasa (saya dapat tajuk isu catuan air-memang tengah femes waktu ni) - ini pun dalam bahasa Melayu.
- Prepare dengan surah-surah juz 30 dan hadis-hadis (saya tak dapat, tapi kawan lain dapat)
- Prepare dengan ilmu berkaitan dengan Zakat (ada kawan dapat soalan tentang 8 Asnaf Zakat) - ini dalam Bahasa Melayu.
- Prepare dengan jawapan sebab-sebab nak pergi Jordan (ini dalam Bahasa Arab)
- Prepare dengan pengenalan diri (ini dalam Bahasa Arab)
- Prepare tajuk-tajuk mudah karangan SPM ( saya dapat tajuk Ramadan)
- Sentiasa bersedia dengan soalan cepumas (saya dapat tajuk pasal politik di kalangan pelajar) -ini dalam bahasa Melayu.
- JANGAN LUPA.. prepare fail yang mengandungi sijil-sijil korang yang berlambak tu dengan personal details korang. Yang ni taip sendiri lah ye. Pastu, letak dekat page pertama fail korang.
- Jangan lupa jugak. Salinan IC mak ayah. IC korang jugak, salinan surat beranak, sijil SPM.
Jangan lega lagi. Yang atas ni untuk interview face to face. Ada lagi satu..iaitu soalan atas kertas.
Yang ni..boleh kata macam soalan Bahasa Arab SPM. MACAM je. Hakikatnya lagi payah.
- Soalan berbentuk dengar dan jawab. Kena dengar betul-betul lah ye..jawab atas kertas.
- Soalan berbentuk nahu dan sorof.
- Karangan.
Okeyh, kat bawah ni saya nak cerita pengalaman masa kena interview. So, bagi sesape yang tak nak dengar pengalaman guwa..dah boleh tekan butang 'pangkah' kecik dekat atas tu.
First, start dengan soalan atas kertas dulu. Yang ni tak ada pengalaman yang menarik pun lah sebab korang berhadapan dengan kertas je pun. TAPI. Ada nasihat sikit, korang jangan rasa give up masa jawab tu. Buat sehabis baik. Nanti dah habis jawab, lepas tu ada interview. Nak nampak gempak, interview ni dipanggil Ikhtibar Syafawi.
Yang ni baru best...
Nama saya ada dekat dua bilik. Ya, masa zaman akak korang nih. Nama ditampal dekat depan bilik yang korang akan ditemuduga. Dah tu, saya pilih salah satu je lah.. takkan nak tamak sangat. Oh ye, sebelum tu.. saya tak kenal sesiapa pun dekat Masjid Shah Alam ni melainkan mak saya yang menemani saya. Haha. Oh tak, ada sorang kawan lama dari SAMBEST. Budak-budak MITIB, KISAS, SAMTAJ, SAMBEST semuanya buat group sendiri. Saya cari kawan baru dekat situ je lah. Cari budak-budak yang tak ada geng macam saya jugak.
Ok..apakah perasaan sebelum masuk bilik interview? Weyh! Soalan jenis apa tu? Konfem lah berdebar tahap tak ingat. Sampai masa lunch tu pun, makan sikit je.
Tunggu lah dengan budak-budak yang dapat bilik interview sama. Sembang lah apa yang patut. Semua jenis soalan keluar. Tunggu di luar ye. Tak boleh nak menghendap dengar soalan ustaz2 dekat dalam tu.
Calon pertama, calon lelaki. Kitorang serang dia lepas dia keluar dari bilik interview. Mengharap soalan bocor. Hehe..
Dia jawab , 'aku pun tak faham sangat soalan ustaz tu'.
*jatuhrahang*
Terus gelabah aku. Ingatkan dapat soalan bocor, rupa-rupanya lagi menjatuhkan semangat yang berkobar-kobar sebelum ni. Tapi lepas tu, relax baliklah. Lepas tu, tanya soalan sama dengan calon perempuan yang lain. Dorang pun bagilah tahu, dorang dapat soalan apa. Dan sangat penting ye untuk korang bertanya.. sebab ada soalan berulang. Haha. Kan dah jatuh bonus untuk korang yang namanya akhir-akhir ni.
Tunggu punya tunggu... sampailah giliran saya.
Masa ni..perasaan gelabah semua dah tak ada. Serius. Sebab lama sangat tunggu. Penat dah. Masa masuk bilik interview tu, rasa macam masuk kelas je. Duduk depan dua orang ustaz tu..rasa macam duduk depan ustaz yang kita kenal dekat sekolah lama.
Masuk bagi salam. Lepas tu, bagi fail. Lepas tu, duduk.
Saya dapat Ustaz Ridhuan! Best woo ustaz ni. Nanti saya cerita lebih detail pasal ustaz ni dekat post yang lain. Pertemuan korang dengan ustaz-ustaz ni..tak berakhir dekat sini je kalau korang disahkan dapat dermasiswa nanti.
Sorang ustaz cakap BM, sorang ustaz lagi cakap Arab(ustaz Ridhuan). Tanya lah segala apa yang patut ditanya...
TAMAT.
HAHA. macam tu je? macam tu je lah. hampa nak apa lagi? Nanti kalau berjaya, boleh usha post saya yang akan datang.
Kak takde next part keeeš„²
BalasPadam