Sabtu, 6 September 2014

Dauroh Bahasa Arab di Ulu Yam (Kursus Persediaan-Jordan/Morocco)

Alhamdulillah

5 days left.

Tapi sebelum saya nak meninggalkan tanah tumpah darahku ini... saya akan share dulu cerita pasal kursus persediaan a.k.a dauroh. Bertempat di Ulu Yam. Fuhh..serius best giler tempat kursus kitorang ni. Belakang ada sungai. Setiap hujung minggu, kitorang boleh je lepak kat situ.

Satu bilik, ada 4 almari, 6 katil, 1 bilik mandi dan 1 tandas.

Ohsem kan? Saya ingat nak buat ala-ala asrama sekolah tu. Tidur katil dua tingkat ke..bilik air kat luar ke.. Memang bersyukur gile dapat tempat penginapan macam ni.

First day dekat situ, kitorang semua dah kena dibahagikan kepada 4 kelas. Ibn Aqil, Akhfasy, Ibn Malik dan Ibn Hisham. Dan saya...ditempatkan di kumpulan Ibn Aqil.

Sorang member pun saya tak kenal dekat situ! Tapi ada muka2 yang dah jumpa masa interview tu. Tapi entah macam mana, dalam keadaan tak kenal sesiapa dalam kumpulan tu... last2 kitorang boleh jadi geng yang dah macam 10 tahun berkawan. Pelik kan? Tapi..itu lah..kalau dah berkawan kerana Allah. Kemanisan ukhuwah tu walau sekejap je berkenalan..rasa manis sangat! =)

Dapat 2 guru kelas dari Sudan! Memang speaking arab je lah an. Tapi apa yang best nya pasal guru kelas saya ni ( Ustaz Sammani dan Ustaz Siddiq ) ialah... bahasa pertuturan mereka. Fushah. Sangat. Kita boleh faham apa yang mereka tuturkan. Loghat Ustaz Siddiq mungkin akan rasa agak janggal pada awalnya tapi bila kita dengar betul-betul..kita memang boleh faham! Macam budak KL dengar orang Kedah bercakap. Susah nak tangkap keseluruhan cerita tapi kita boleh faham apa yang cuba disampaikan.

Cakap pasal budak-budak kelas. Dorang memang sporting! Perangai..sumpah gila2! Saya fikir dorang ni macam nerd tau awal-awalnya. Yelah, semua stok dari sekolah gempak2. Awal-awal nak berkomunikasi tu macam segan-segan tapi bila dah start ada pertandingan lawan antara kelas..semua bersemangat! Masing-masing tunjuk taring. Guru kelas pulak jenis yang sangat nak kitorang menang. Hamassah betul!

Oh ye, dauroh ni berjalan macam sekolah. Cuma tak nampak sekolah sangat lah. Breakfast, lunch, makan petang, dinner, supper semua disediakan. Pagi belajar sampai pukul 1 petang. Pastu, solat Zuhur semua. Petang and malam ada pertandingan. Boleh jadi je pertandingan terus dilaksanakan tanpa latihan tapi ada beberapa pertandingan yang diberi masa latihan dulu. Contoh : nasyid, musamaroh dan debat.

Best giler semua pertandingan tu. Tapi..penat tu jangan cakaplah. Memang sangat penat tapi kalau tak ada pertandingan..rasa bosan. Haha..pulak!

Dan..salah satu benda yang best dekat dauroh ialah nasyid dauroh! Lagu Negaraku pun kitorang nyanyi dalam bahasa arab tau! Banyak lagu yang best2..yang sampai kitorang habis dauroh pun asyik terngiang2 dekat kepala. Lepas tu, tasfiq dauroh! Best! Main ala2 tepuk2 semangat.

Memang jujur cakap..memang dauroh paling best lah. Sampai kan malam akhir kitorang kat situ..rasa sedih gila! Ada yang sampai menangis! Dan... lupa nak cakap.. malam akhir tu..kelas kitorang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan. Wahhh happy giler! Hidup Ibn aqil!!! Eh2, over pulak.
*tutupmuka*

Tapi..menang atau tak..setiap kelas rasa happy dan sedih nak tinggalkan Ulu Yam ni. Rindu dengan guru-guru dekat situ. Dekat dauroh ni, ada je cikgu dari Indonesia, Syria..Malaysia pun ada. Mereka sangat best dan kelakar! Kitorang tak pernah terfikir akan gelak sebab dengan lawak bahasa arab. Harhar..

Ilmu mereka sangat tinggi dan banyak.
*hatsoff*

Banyak benda yang kitorang belajar dekat situ selain dari ilmu bahasa Arab. Jangan risau dengan bahasa pertuturan dekat situ. Memang 100% bahasa arab. Sampai dekat bilik sesama kawan pun kena cakap Arab.. Kalau tak, kitorang akan masuk Mahkamah Lughawi.. Panjang pulak cerita kalau nak sembang pasal mahkamah ni. Siapa yang berminat nak tahu, boleh komen dekat bawah... ^^"

ps : Tak boleh berhenti tersenyum sepanjang mnaip post hari ni. Banyak sangat memori indah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Luahkan pendapat/cadangan/soalan/apa2 saje di bawah ini ... =)