OKEyhh... jom sambung cerita pasal pengalaman ambil lesen memandu nihh..
Lepas ambil lesen L, saya tak sambung dekat tempat memandu yg sama (perak) tapi saya ambil dekat Selangor (Rawang, rumahku) . Sebabnya ialah Perak tu kampung guwa.. jadi lebih senang kalau guwa teruskan dekat Selangor jeh... So, bye2 kezen...
Saya ambil tempoh yg agak lama jugaklah sebelom mendaftar dekat Rawang ni. Ini disebabkan masalah jantung yang asyik nak berdegup kencang bila teringatkan lesen memandu ni. Tahap Keseramannya lebih tinggi berbanding masa nak ambil keputusan SPM..#fakta
Tapi bila terfikirkan masa yg semakin hampir dengan tarikh nak sambung belajar, paksa jugaklah diri ni untuk ambil lesen P.
Aku boleh!
Saya roger2 dgn kengkawan yang nak ambil lesen jugak. Akhirnya, dapat 2 pilihan, sama ada dekat Dora @ Boy L P. iNI AGEN je. Tempat untuk latihan memandu sama je ---> KAMI (ini nama tempat memandu tu) yg terletak di SG. Choh.
Akhirnye, guwa pilih Boy L P sebab dekat dengan rumah. Senang + ada BFF di situ.
Dah daftar semua, kelas memandu start 2-3 hari selepas daftar. Cepat an? Memang lagi berdebar lah. Sepanjang tempoh sebelom kelas, guwa tanya Atuk Google macam2. Memang ziarah banyak blog lah masa tu. Dan apabila harinya tiba... guwa dapat Cikgu Muda. Lelaki okeyhh. Ramai yang kata hensem...
TAPI tak se-handsome yang DI ATAS ni lah.. Huhu.. =D
Ada sikit seram lah sebab hanya aku dan dia sahaja di dalam kereta Viva comel tuh.. Dan dia tak bawak guwa dekat litar memandu lagi tapi dekat kawasan kilang. Tempat tak banyak kereta lah.
Dia ajarkan perkara basic. Dia jelaskan penggunaan gear, clutch, minyak n etc. Muka dye mmg x nmpk kemesraan pun (bukannya aq nak dia menggatal dengan aq, at least, smile!) Urghh.. tapi biarkan je lah dia dengan cara dia. Dlm banyak benda yg dia ajar, perkara yang aku tak dapat terima ialah... apabila dia membandingkan aku dengan seorang makcik umur lebih kurang 50 tahun yang tangannya lebih tangkas daripada aku dalam penggunaan stering.. BERASAP jugaklah. (tapi rupa2nye.. bila aq sembang dengan kawan aku yang belajar sama dengan aku, dia pun cakap yang Cikgu tu cakap benda yang sama dekat dia) Aku gelak habis lahh.. baru kutahu yang itu merupakan dialog wajibnye kepada setiap pelajar.
Tapi pasal kewujudan makcik 50an tu aku tak tahulah memang betul2 ade, atau hanya rekaan cikgu tu..
Dan untuk first class, sangat stressful (sebab benda baru belajar ) ... but untuk korang yang baru nak ambil lesen, janganlah pulak takut.. Chill je.. Biasalah, benda baru.. Tapi dah lama2 korang belajar, korang akan rasa nak ronda litar memandu selama yang boleh. Sangat seronok!
Eh, apasal letak gambar ular nihh???
Sebabnye ialah Cikgu tu kata cara aku bawa kereta macam ular... hahaha.. Yelah, baru pandai sikit2 pegang stering. Dia dah suruh aku bawak sampai Kuala Kubu sana.. Mak ai.. Dengan kereta, lori, motor depan belakang.. Gerun seyhh. Aku pulak asyik takut langgar line, takut langgar kereta orang.. Kejap2 aku pusing kanan, kejap2 kiri. Cikgu tu mampu geleng kepala je lah. Dia boleh kata, selama dia ajar budak.. dia tak pernah ajar budak yang bawak macam ular macam aku. Ececeh, kau ingat aku nak percaya? Takkanlah aku seteruk tu? (Saje lah tu nak membakar semangat aku)..
Tapi, suka hati aku je lah bawak. Dah dia suruh bawak, lagipun takkanlah dia nak biarkan aku langgar kereta orang. Dia kacau lah stering aku bila dah mengarut ke sana ke sini.. Dekat tempat duduk dia pun ada pedal brek. So pape hal, dia brek je lah.
So, aku banyak habiskan masa dekat atas jalanraya berbanding litar memandu. Dan apa yang bestnya pasal agen aku ni... dia tak ikut masa. Bagi sesiapa yang tak tahu, kebiasaannya..mereka hanya akan bagi masa 8 jam sahaja sebelom ujian jpj.. So, if korang rasa korang tak berpuas hati dengan 8 jam tu, better korang tambah jam lagi drpd fail exam jpj nanti.
Latihan, latihan dan latihan... PENAT WEYHH..
Akhirnya, tibalah hari JPJ yang mendebarkan tuhh. Tak boleh tidur dengan tenang.
Taklimat daripada JPJ.. lepas tu tibalah masanya untuk kami diuji.. Jeng, jeng..
Muka2 JPJ macam biasalah memang menakutkan lagi2 bila dorang pakai spec hitam. Ramai yang cuba elak daripada dapat JPJ perempuan, tapi banyak je calon yang lulus dengan JPJ perempuan. So, kalau korang nak lulus bukan bergantung kepada jantina JPJ tetapi diri korang sendiri (tapi aku tak menafikan sesetengah JPJ ada yang strict gler, sesetengah ada yang sempoi gler) Aku ada sorang member, dia mati enjin banyak kali kot masa ujian jalanraya tapi elok je JPJ bagi dia lulus.
So, keep praying... Kalau ade rezeki kau untuk lulus, ada lah tuh..
Ujian litar - bukit, side parking dan 3 penjuru..
Untuk test kali pertama.. bukit-cun , side parking -cun.. last sekali 3 penjuru - sangkut... hahaha.. sedih betull. tayar terkena line sikit je ponn.. tapi aku tak kechewa sangatlah sebab ramai member lain yang fail jugak. So, tak lah bersedih sorang2.
Tapi untuk test kali kedua -ulangan (2minggu kemudian).. walaupun malu jugak pakai kad yang tertulis huruf P dekat depan (menandakan budak ulangan) tapi cool je lah.. Alhamdulillah, lulus!
Untuk ujian bahagian jalanraya, guwa lulus dengan sekali arung je ( tak kena ulang ) Yeayyy.. (tarikh yang sama guwa gagal ujian litar)..
apa yang best nya ujian litar ini ialah ---> JPJ BAIKKK!! maksudnye.. dia tak ada lah masam dengan aku atau tayar masuk lubang, dia terus gagalkan aku (iye, tayar kereta guwa masuk lubang-jalanraya punye salah sebab tak rata)... dia sangat ramah, siap bukak radio lagi..weee.. happy gler bila sampai tempat memandu tuhh. Turun dari kereta dengan senyuman. Dapatlah memujuk hati yang lara bila gagal ujian litar.
Berterima kasih dekat cikgu2(agen) yang sangat baik dan sangat menjaga anak murid dorang..
.THANK YOU.
FYI, bagi sesape yang tak tahu. Kalau korang gagal ujian litar, korang tak payah ulang ujian jalanraya, begitulah sebaliknye. Korang cuma perlu bayar. Iyee, tu yang malas sikit nak dengar..
Dan apabila korang dah lulus kedua2 ujian ni.. perasaannye lebih2 gembira daripada dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Serius.
berapa ek amik lesen kat boy ni?
BalasPadammaaf lambat balas... tapi serius x ingat.. tapi serius ckp, boy ni kira murah jgk lah.. kalau nk murah lagi, x payah guna agen. pegi dkt 'KAMI' punya tempat terus (dekat sg.choh)
BalasPadam